Mesyuarat di Pengurusi oleh Pg.Hj Sharifuddin Pg.Hj Matali
Tuesday, 27 December 2022
Saturday, 24 December 2022
Monday, 19 December 2022
Friday, 2 December 2022
Monday, 28 November 2022
MESYUARAT AHLI LEMBAGA KOPERASI KALI KEDUA SESI 2022-2023, KOPERASI USAHAJAYA PEKIRA BERHAD, Isnin 4 Jamadilawal 1444 H / 28 Nobember 2022
Tuesday, 22 November 2022
Saturday, 19 November 2022
Wednesday, 16 November 2022
Tuesday, 15 November 2022
Monday, 7 November 2022
Monday, 31 October 2022
Tuesday, 18 October 2022
SEKAPUR SIRIH
SEKAPUR SIREH
Bismillahhirrahmannirrahim
Dengan kehendak Allah jua Peramba/Koala/Saya sangat bersyukur kerana berkesempatan menyampaikan sepatah dua kata bersempena dengan pembuataan Blog Koperasi Usahajaya PEKIRA Berhad ( KUPB ) ini.
Peramba/Koala/Saya mengambil maklum blog ini merupakan blog yang julung-julung kali di ungkayahkan. Tujuan utama blog ini adalah semata - mata untok memberi kesempatan kepada ahli - ahli KUPB khusus nya dan orang awam am nya untok mendapatkan maklumat terkini yang tepat dan jelas mengenai aktibiti - aktibiti KUPB. Blog ini juga di maksudkan sebagai ruang untok pertukaran maklumat yang dapat membuahkan dan seterusnya menghasilkan pemikiran yang sehat dan bermanafaat untok KUPB. Kearah itu Peramba/Koala/Saya ingin menyeru kepada ahli - ahli KUPB agar akan menggunakan blog ini sebaik-baik nya.
Pengakhir kata, Peramba/Koala/Saya dengan ini tidak lupa mengucapkan ribuan terima kaseh dan syabas kepada Pengerusi Jawatan Kuasa Kecil Penerangan dan Perhubungan Awam, dan ahli-ahli nya serta semua ALK yang juga bersama memberi sokongan hingga terujud nya BLOG ini
Sekian, Terima Kaseh
Pengiran Haji Sharifuddin bin Pengiran Haji Matali
Oktober, 2022
AHLI LEMBAGA KOPERASI ( ALK ) 2022 / 2023
SEJARAH KUPB dan GAMBAR GAMBAR RISTAAN
PENUBUHAN KOPERASI USAHJAYA PEKIRA BERHAD
SEBUAH CATATAN RINGKAS
Koperasi Usahajaya PEKIRA Berhad ringkas nya KUPB adalah sebagai salah satu kegiatan ekonomi Persatuan Bekas Kakitangan Kerajaan ringkasnya PEKIRA sebagaimana yang termaktub dalam Perlambagan PEKIRA Bahagian III - TUJUAN Perangan 3 Ceraian ( 3 ) dan juga untok memenohi kehandak Peraturan Kecil Bab 11 ( 4 ) - KEGIATAN EKONOMI DAN LAIN LAIN seperti yang dijelaskan di Appendeks BVII- 11( 4 ).
Koperasi Usahajaya PEKIRA Berhad ringkas nya KUPB ini telah didaftarkan pertama kali nya pada 18 Zulkaedah 1432 bersamaan 12 Februari 2001 di daftarkan semula pada 12 Februari 2009 yang mana keahlian Koperasi ini di tawarkan kepada ahli-ahli Persatuan Bekas Kakitangan Kerajan (PEKIRA) untok menyertai dan melabur ke dalam Koperasi ini untok mengumpulkan modal. Pada peringkat awal nya sebuah Lembaga Pengarah sementara telah di lantek yang dipengurusikan oleh Yang Mulia Pengiran Haji Besar bin Pengiran Haji Ahmad dan ahli-ahli nya yang di lantik adalah terdiri dari ahli ahli PEKIRA dari Daerah Brunei dan Muara dan Daerah Belait
Setelah beberapa kali mengadakan perjupaan dan perbincangan, maka Ahli-Ahli Lembaga Pengarah Sementara Koperasi telah membuat keputusan menceburi bidang sajian makanan dan Bas Sewa Khas. Bidang sajian makanan ( Kafe Pidada ) mengalami beberapa maasalah sejak pengurusannya diambil alih oleh Koperasi. Memandangkan masalah yang di hadapi itu berpanjangan maka akhir nya Kafe Pidada di tutup pada tahun 2006.
Begitu juga dengan Bas Sewa Khas walaupun pada awal nya berjalan dengan baik dan menggalakan , tetapi terdapat kemerosotan pada masa-masa terakhirnya tambahan pula dengan ada nya persaingan yang kuat dari pengusaha-pengusaha yang lain, akhir nya Bas Sewa Khas tersebut terpaksa di Jjual dan kewangan nya dari tersebut dengan persetujuan dari pihak-pihak yang terlibat untok di serapkan ke dalam saham minyak.
Bagi mengerakan semula kegiatan ekonominya, Ahli-Ahli Lembaga Pengarah Baharu yang di lantik telah melaksanakan usaha dengan menawarkan penjualan saham kepada ahli-ahli PEKIRA bagi mengumpulkan dan mendapatkan modal dan setelah usaha tersebut menampakkan kejayaan maka langkah berikut nya ialah membeli sebidang tanahbagi tujuan menceburi bidang perniagaan stesen menjual minyak.
Catatan: Hj Duming@ Domeng bin Hj Abd Wahab
Petikan dari Buku KUPB dalam KENANGAN,
GAMBAR GAMBAR RISTAAN
Petikan dari Buku KUPB dalam KENANGAN,