PENUBUHAN KOPERASI USAHJAYA PEKIRA BERHAD
SEBUAH CATATAN RINGKAS
Koperasi Usahajaya PEKIRA Berhad ringkas nya KUPB adalah sebagai salah satu kegiatan ekonomi Persatuan Bekas Kakitangan Kerajaan ringkasnya PEKIRA sebagaimana yang termaktub dalam Perlambagan PEKIRA Bahagian III - TUJUAN Perangan 3 Ceraian ( 3 ) dan juga untok memenohi kehandak Peraturan Kecil Bab 11 ( 4 ) - KEGIATAN EKONOMI DAN LAIN LAIN seperti yang dijelaskan di Appendeks BVII- 11( 4 ).
Koperasi Usahajaya PEKIRA Berhad ringkas nya KUPB ini telah didaftarkan pertama kali nya pada 18 Zulkaedah 1432 bersamaan 12 Februari 2001 di daftarkan semula pada 12 Februari 2009 yang mana keahlian Koperasi ini di tawarkan kepada ahli-ahli Persatuan Bekas Kakitangan Kerajan (PEKIRA) untok menyertai dan melabur ke dalam Koperasi ini untok mengumpulkan modal. Pada peringkat awal nya sebuah Lembaga Pengarah sementara telah di lantek yang dipengurusikan oleh Yang Mulia Pengiran Haji Besar bin Pengiran Haji Ahmad dan ahli-ahli nya yang di lantik adalah terdiri dari ahli ahli PEKIRA dari Daerah Brunei dan Muara dan Daerah Belait
Setelah beberapa kali mengadakan perjupaan dan perbincangan, maka Ahli-Ahli Lembaga Pengarah Sementara Koperasi telah membuat keputusan menceburi bidang sajian makanan dan Bas Sewa Khas. Bidang sajian makanan ( Kafe Pidada ) mengalami beberapa maasalah sejak pengurusannya diambil alih oleh Koperasi. Memandangkan masalah yang di hadapi itu berpanjangan maka akhir nya Kafe Pidada di tutup pada tahun 2006.
Begitu juga dengan Bas Sewa Khas walaupun pada awal nya berjalan dengan baik dan menggalakan , tetapi terdapat kemerosotan pada masa-masa terakhirnya tambahan pula dengan ada nya persaingan yang kuat dari pengusaha-pengusaha yang lain, akhir nya Bas Sewa Khas tersebut terpaksa di Jjual dan kewangan nya dari tersebut dengan persetujuan dari pihak-pihak yang terlibat untok di serapkan ke dalam saham minyak.
Bagi mengerakan semula kegiatan ekonominya, Ahli-Ahli Lembaga Pengarah Baharu yang di lantik telah melaksanakan usaha dengan menawarkan penjualan saham kepada ahli-ahli PEKIRA bagi mengumpulkan dan mendapatkan modal dan setelah usaha tersebut menampakkan kejayaan maka langkah berikut nya ialah membeli sebidang tanahbagi tujuan menceburi bidang perniagaan stesen menjual minyak.
Catatan: Hj Duming@ Domeng bin Hj Abd Wahab
Petikan dari Buku KUPB dalam KENANGAN,
GAMBAR GAMBAR RISTAAN
Petikan dari Buku KUPB dalam KENANGAN,
No comments:
Post a Comment