Tuesday, 18 October 2022

MESYUARAT AGONG ( AGM ) KUPB KALI KE 12 SESI 2021/2022, Ahad, 28 Safar 1444 / 25 September 2022


 

SEKAPUR SIRIH

 SEKAPUR SIREH

Bismillahhirrahmannirrahim

Dengan kehendak Allah jua Peramba/Koala/Saya sangat bersyukur kerana berkesempatan menyampaikan sepatah dua kata bersempena dengan pembuataan Blog Koperasi Usahajaya PEKIRA Berhad ( KUPB ) ini.

Peramba/Koala/Saya mengambil maklum blog ini merupakan blog yang julung-julung kali di ungkayahkan. Tujuan utama blog ini adalah semata - mata untok memberi kesempatan kepada ahli - ahli KUPB khusus nya dan orang awam am nya untok mendapatkan maklumat terkini  yang tepat dan jelas mengenai aktibiti - aktibiti KUPB. Blog ini juga di maksudkan sebagai ruang untok pertukaran maklumat yang dapat membuahkan dan seterusnya menghasilkan pemikiran yang sehat dan bermanafaat untok KUPB. Kearah itu Peramba/Koala/Saya ingin menyeru kepada ahli - ahli KUPB agar akan menggunakan blog ini sebaik-baik nya.

Pengakhir kata, Peramba/Koala/Saya dengan ini tidak lupa mengucapkan ribuan terima kaseh dan syabas kepada Pengerusi Jawatan Kuasa Kecil Penerangan dan Perhubungan Awam, dan ahli-ahli nya serta semua ALK yang juga bersama memberi sokongan hingga terujud nya BLOG ini

Sekian, Terima Kaseh

Pengiran Haji Sharifuddin bin Pengiran Haji Matali

Oktober, 2022


AHLI LEMBAGA KOPERASI ( ALK )  2022 / 2023

SEJARAH KUPB dan GAMBAR GAMBAR RISTAAN



 PENUBUHAN KOPERASI USAHJAYA PEKIRA BERHAD

SEBUAH CATATAN RINGKAS


Koperasi Usahajaya PEKIRA Berhad ringkas nya KUPB adalah sebagai salah satu kegiatan ekonomi Persatuan Bekas Kakitangan Kerajaan ringkasnya PEKIRA sebagaimana yang termaktub dalam Perlambagan PEKIRA Bahagian III - TUJUAN Perangan 3 Ceraian ( 3 ) dan juga untok memenohi kehandak Peraturan Kecil Bab 11 ( 4 ) - KEGIATAN EKONOMI DAN LAIN LAIN seperti yang dijelaskan di Appendeks BVII- 11( 4 ).

Koperasi Usahajaya PEKIRA Berhad ringkas nya KUPB ini telah didaftarkan pertama kali nya pada 18 Zulkaedah 1432 bersamaan 12 Februari 2001 di daftarkan semula pada 12 Februari 2009 yang mana keahlian Koperasi ini di tawarkan kepada ahli-ahli Persatuan Bekas Kakitangan Kerajan (PEKIRA) untok menyertai dan melabur ke dalam Koperasi ini untok mengumpulkan modal. Pada peringkat awal nya sebuah Lembaga Pengarah sementara telah di lantek yang dipengurusikan oleh Yang Mulia Pengiran Haji Besar bin Pengiran Haji Ahmad dan ahli-ahli nya yang di lantik adalah terdiri dari ahli ahli PEKIRA dari Daerah Brunei dan Muara dan Daerah Belait

Setelah beberapa kali mengadakan perjupaan dan perbincangan, maka Ahli-Ahli Lembaga Pengarah Sementara Koperasi telah membuat keputusan menceburi bidang sajian makanan dan Bas Sewa Khas. Bidang sajian makanan ( Kafe Pidada ) mengalami beberapa maasalah sejak pengurusannya diambil alih oleh Koperasi. Memandangkan masalah yang di hadapi itu berpanjangan maka akhir nya Kafe Pidada di tutup pada tahun 2006.

Begitu juga dengan Bas Sewa Khas walaupun pada awal nya berjalan dengan baik dan menggalakan , tetapi terdapat kemerosotan pada masa-masa terakhirnya tambahan pula dengan ada nya persaingan yang kuat dari pengusaha-pengusaha yang lain, akhir nya Bas Sewa  Khas tersebut terpaksa di Jjual dan kewangan nya dari  tersebut dengan persetujuan dari pihak-pihak yang terlibat untok di serapkan ke dalam saham minyak.

Bagi mengerakan semula kegiatan ekonominya, Ahli-Ahli Lembaga Pengarah Baharu yang di lantik telah melaksanakan usaha dengan menawarkan penjualan saham kepada ahli-ahli PEKIRA bagi mengumpulkan dan mendapatkan modal dan setelah usaha tersebut menampakkan kejayaan maka langkah berikut nya ialah membeli sebidang tanahbagi tujuan menceburi bidang perniagaan stesen menjual minyak.

Catatan: Hj Duming@ Domeng bin Hj Abd Wahab

Petikan dari Buku KUPB dalam KENANGAN, 



GAMBAR GAMBAR RISTAAN

Petikan dari Buku KUPB dalam KENANGAN, 

Mesyuarat Agong Kali ke Dua 2006 telah di pengurusikan oleh Yang Mulia Pengiran Haji Besar bin Pengiran Hj Ahmad, dan Tetamu Kehormat pada Mesyuarat tersebut ialah Yang Mulia Pg Haji Sharifuddin bin Pg Hj Matali, Pengarah BINA dan Pendaftar Koperasi-Koperasi



Tetamu kehormat, Yang Mulia Pengiran Hj Sharifuddin bin Pengiran Hj Matali, Pengarah Bina dan juga selaku Pendaftar Koperasi Koperasi
















Kafe PIDADA


Projek Bas Sewa khas




Projek Stesen Minyak




Majlis Menandatangani Perjanjian Koperasi Usahajaya PEKIRA Berhad dengan Syarikat Reka Bena Baru  di adakan pada 22 Jamadilawal 1436 bersamaan 13 Mac 2015. Syarikat Bena Baru Sdn Bhd di wakili oleh Dayang Lisa binti Dato Paduka Haji Ibrahim manakala Koperasi di wakili oleh Pg Dato Paduka Haji Jaludin bin Pg Mohd Limbang, Pengurusi Lembaga Koperasi. Turut menyaksikan Majlis Penandatanganan itu ialah Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Dewa Pahlawan Dato Paduka Haji Dani bin Haji Ibrahim, Yang Dipertua PEKIRA.











Majlis Perasmian Stesen Minyak KUPB, 30 April 2017